Dunia

13 penunjuk perasaan Palestin cedera akibat kekerasan rejim Israel

Lepaskan gas pemedih mata, peluru hidup dan getah terhadap penunjuk perasaan

BAITULMAQDIS, 26 Muharram 1442H, Sabtu – Seramai 13 rakyat Palestin cedera ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki, pada Jumaat menurut kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin.

Penunjuk perasaan diadakan di beberapa daerah di Tebing Barat, terutama di bandar Beita di Nablus dan Kafr Qaddum di Qalqilya, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel bertindak menggunakan gas pemedih mata serta peluru hidup dan getah terhadap penunjuk perasaan.

Seorang sukarelawan kesihatan antara yang cedera, menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button