Berita Utama

COVID-19: 27 bayi antara 2,404 kes baharu dikesan di Sabah

Jumlah kumulatif wabak meningkat kepada 155,006 kes

KOTA KINABALU, 26 Muharram 1442H, Sabtu – Dua puluh tujuh bayi berusia di bawah setahun merupakan antara 2,404 kes positif baharu COVID-19 yang dikesan di Sabah semalam menjadikan jumlah kumulatif wabak itu meningkat kepada 155,006.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, seramai 183 orang adalah kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun manakala 455 berumur lingkungan enam hingga 17 tahun.

Beliau berkata saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama jumlah keseluruhan kes iaitu 57.9 peratus atau 1,393 diikuti saringan bergejala (755 kes), saringan kluster (65 kes), saringan bersasar (11 kes) dan selebihnya lain-lain saringan.

“Sebanyak 719 kes dalam kategori satu; kategori dua (1,546 kes); kategori tiga (14 kes); kategori empat (tujuh kes); kategori lima (11 kes) manakala selebihnya masih dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata sebanyak 983 atau 40.9 peratus kes baharu direkodkan semalam adalah kes positif lewat didaftar antara dua hingga tiga hari, keputusan saringan didaftar lewat antara empat hingga lima hari (127 kes) dan 261 kes didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

Masidi juga berkata seramai 1,729 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif 122,428 orang manakala 4,758 masih menerima rawatan.

Beliau berkata sebanyak 35 kematian dilaporkan di 11 daerah iaitu Tawau (17 kes) diikuti Sandakan (lima), Kota Kinabalu (tiga), masing-masing dua kes di Kalabakan dan Beaufort manakala satu kes masing-masing di Kinabatangan, Semporna, Kota Marudu, Keningau, Penampang dan Papar.

Katanya sebanyak 41.5 peratus penduduk dewasa di Sabah telah melengkapkan pengambilan kedua-dua dos vaksin COVID-19 manakala 60.5 peratus telah memperoleh satu dos setakat ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button