Dunia

Filipina tarik balik larangan perjalanan 10 negara termasuk Malaysia

Pelancong dari negara disenarai perlu jalani kuarantin 14 hari

MANILA, 26 Muharram 1443H, Sabtu – Filipina hari ini mengumumkan menarik balik larangan perjalanan ke atas pelancong dari 10 negara termasuk Malaysia, lapor Channel News Asia (CNA).

Keputusan itu dimaklumkan oleh jurucakap Presiden Filipina, Rodrigo Duterte – Harry Roque – dalam satu kenyataaan, hari ini. 

Roque berkata, Duterte bersetuju menarik balik larangan yang diperkenalkan pada April dan kemudian diperluas kepada lebih banyak negara sejak Julai lalu.

Larangan itu katanya, adalah usaha kerajaan untuk mencegah penularan wabak COVID-19 khususnya varian dominan Delta. 

Melalui ketetapan baharu itu, mana-mana pelancong dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Thailand, Malaysia dan Indonesia perlu menjalani kuarantin selama 14 hari ketika tiba di negara itu, kata Roque. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button