Berita Utama

Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri

Kerajaan yakin kemampuan Muhyiddin terajui strategi pemulihan negara

BANGI, 26 Muharram 1443H, Sabtu – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Jemaah Menteri yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu bersetuju melantik Muhyiddin untuk jawatan berkenaan.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang tejejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button