Berita Utama

Peratusan populasi Malaysia lengkap 2 dos vaksin meningkat

47.8 peratus atau seramai 15,606,818 telah melengkapkan suntikan

KUALA LUMPUR, 26 Muharram 1442H, Sabtu – Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.

Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat semalam berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button