Berita Utama

Syor 3 TPM: Netizen hentam Guan Eng, anggap bazir duit negara

'Masih ingat lagi manifesto bukan kitab suci. Nanti bila memerintah cakap lagi janji dimungkiri'

BANGI, 26 Muharram 1443H, Sabtu – Malaysia mungkin boleh memiliki tiga Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa di peringkat Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkumi pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung boleh direalisasikan jika PH kembali memerintah negara.

Katanya, menafikan jawatan nombor dua negara itu seolah-olah menafikan hak rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.

“Saya secara peribadi tiada bantahan jika cadangan demikian. Mengapa setidaknya ada Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun, kenyataan Guan Eng itu dikritik rata-rata pengguna maya yang menyifatkan pelantikan sehingga tiga Timbalan Perdana Menteri sebagai satu pembaziran.

Malah, sebahagian netizen juga tidak sanggup lagi kembali ke zaman pemerintahan kerajaan PH, yang disifatkan ‘mimpi ngeri’ bagi mereka.

“Kalau wujudkan tiga TPM, kena buat tiga bilik khas. Belum lagi perjawatan untuk support setiap TPM. Dengan kos renovate tiga bilik, tambah lagi emolumen geng pejabat TPM, mahu ratus ribu sebulan,” kata Arelong Jmd.

“Masih ingat lagi manifesto bukan kitab suci. Nanti bila memerintah cakap lagi janji dimungkiri,” kata Aprah Hizon.

“Untuk apa? Meraih undi dan sokongan? Saya dari Sabah tapi tidak bersetuju. Pembaziran duit rakyat. Hasil tidak ada!,” kata Ramli Osman.

Sebahagian netizen juga menegaskan bahawa sebarang tawaran yang disebut PH ketika ini sudah tidak lagi boleh dipercayai, ekoran kegagalan mereka melunaskannya ketika 22 bulan mentadbir.

“Nak tarik undi guna isu macam ni. Apasal ada beza-beza Semenanjung dengan Borneo? Kita satu negara, tak patut wujudkan pemikiran begini. Nak menghasut,” tulis Muhammad Luqman.

“Inilah antara watak yang gila kuasa. Dalam saat begini masih bercakap tentang kuasa. Kami di Sarawak bukan berjuang untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan, tetapi untuk keseimbangan, keselamatan dan kesejahteraan bukannya dipergunakan untuk tujuan politik seperti kamu,” kata Ajma Jaya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button