Berita Utama

Bayaran BKC Fasa 1 dikreditkan mulai esok

Dana berjumlah RM3.1 bilion beri manfaat kepada 10 juta penerima

BANGI, 27 Muharram 1443H, Ahad – Proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 1 akan bermula, mulai esok (6 September).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

Beliau berkata, BKC kali ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima.

Ia memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button