Berita UtamaDunia

Lapangan terbang Kabul dibuka semula untuk terima bantuan

Usaha kembali pada keadaan normal selepas konflik Taliban ambil alih negara

KABUL, 27 Muharram 1443H, Ahad – Meskipun situasi negara belum stabil, Ariana Afghan Airlines meneruskan beberapa penerbangan di Kabul dan tiga bandar besar di Afghanistan. 

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, perkara berkenaam diputuskan setelah pasukan teknikal dari Qatar membuka semula lapangan terbang di Kabul untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan domestik, lapor Reuters.

Penerbangan antara Kabul dan bandar barat Herat, Mazar-i Sharif di utara Afghanistan, dan Kandahar di selatan telah dimulakan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di laman Facebook.

“Ariana Afghan Airlines bersedia meneruskan penerbangan domestik,” katanya.

Sebelum ini, duta besar Qatar ke Afghanistan mengatakan pasukan teknikal dapat membuka kembali lapangan terbang Kabul untuk menerima bantuan, menurut saluran berita Al Jazeera Qatar.

Landasan lapangan terbang juga telah diperbaiki dengan kerjasama pihak berkuasa di Afghanistan, kata duta besar itu, dalam langkah kecil untuk kembali kepada keadaan normal setelah konflik sejak tiga minggu terakhir.

Membuka semula lapangan terbang menjadi keutamaan terbesar bagi Taliban ketika mereka berusaha untuk memulihkan ketenteraman selepas pengambilalihan Kabul pada 15 Ogos.

Lapangan terbang Kabul telah ditutup sejak penerbangan udara terakhir yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) secara besar-besaran bagi warganya, warga Barat lain, dan rakyat Afghanistan yang membantu negara-negara Barat.  

Berakhirnya pemindahan puluhan ribu orang menandakan penarikan pasukan AS terakhir dari Afghanistan setelah 20 tahun peperangan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button