Berita Utama

‘Jawatan PM tak boleh ada banyak duit’: Tun M

Kekayaan lepas jadi PM dianggap haram, boleh dirampas pihak berkuasa

BANGI, 28 Muharram 1443H, Isnin – Rakyat berhak mendakwa seorang Perdana Menteri itu menerima wang secara haram sekiranya pemimpin terbabit menjadi jutawan dan kaya setelah dilantik dalam jawatan utama negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana, jawatan seorang Perdana Menteri tidak kaya dan boleh mempunyai duit yang banyak.

Atas sebab itu, beliau berkata, segala kekayaan yang didapati selepas menjadi Perdana Menteri hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak berkuasa.

Namun, jika pemimpin terbabit sememangnya kaya, maka dia tentu mengisytiharkan kekakayaan itu, bahkan sudah dikenali sebagai seorang jutawan, katanya. 

“Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya, maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat.

“Sebenarnya, PM tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas,” katanya dalam kenyataan di blog chedet.cc, hari ini.

Malah, beliau yang dua kali memegang jawatan Perdana Menteri berkata, adalah satu kesalahan jika duit yang diterima daripada mana-mana pihak untuk parti dimasukkan ke akaun peribadi.

“Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. 

“Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campur tangan dalam politik dalam negeri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button