Berita UtamaDunia

Kami ‘hancurkan rancangan’ Israel menang mudah di Gaza: Abu Ubaidah

Hargai usaha pejuang Yaman, Lubnan dan Iraq hadapi musuh

GAZA, 10 Jamadilawal 1445H, Jumaat – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang berpangkalan di Semenanjung Gaza berpuas hati kerana berjaya menggagalkan rancangan musuh untuk mencapai ‘kemenangan pantas’ dalam perang berterusan di wilayah Palestin.

Perkara itu diakui Jurucakap Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas, Abu Ubaidah yang membuat kenyataan itu pada Khamis selepas perjanjian gencatan senjata dipersetujui. 

“Kami telah memusnahkan 335 kenderaan tentera milik rejim Zionis (Israel) sejak pencerobohan Zionis ke atas Gaza,” katanya.

Rejim Zionis melancarkan perang pada 7 Oktober berikutan Operasi Taufan al-Aqsa, oleh kumpulan pejuang wilayah itu, yang membunuh kira-kira 1,200 penceroboh haram dan tentera Israel dan membawa kepada ratusan tawanan lagi.

“Pejuang kami masih berpangkalan di kedudukan mereka. Ketika ini musuh menyembunyikan jumlah sebenar tentera yang terkorban.

“Kami percaya musuh yang terbunuh akan bertambah,” kata Abu Ubaidah.

Dalam ucapannya, jurucakap Briged itu juga melahirkan rasa terima kasih dan menghargai usaha pihak lain dalam menyokong penduduk Gaza yang dilanda perang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara Yaman…yang membantu Gaza,” kata Abu Ubaidah sambil menambah, “Saya tabik kepada semua kumpulan di seluruh negara, terutama saudara-saudara di Lubnan, Iraq, dan semua barisan hadapan yang mengambil bahagian menentang musuh.”

Rejim Israel telah melakukan serangan sporadik terhadap selatan Lubnan semasa perang, yang telah mencetuskan pertempuran antara rejim dan gerakan penentangan Hizbullah Lubnan.

Sejak awal perang, Angkatan Bersenjata Yaman juga telah melakukan beberapa pusingan operasi terhadap wilayah yang diduduki untuk menyokong rakyat Palestin, berikrar untuk meneruskan serangan mereka selagi rejim itu mengekalkan pencerobohannya.

Sementara itu, kumpulan penentang Iraq, telah beberapa kali menyerang pangkalan yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) – sekutu terbesar dan tertua Israel, yang telah membekalkan rejim itu dengan beribu-ribu konsainan senjata sepanjang perang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button