Berita Utama

Kenapa ada kes kematian mengejut selepas tamat kuarantin?

Komplikasi 'acute COVID-19' berlaku dari jangkitan virus, autoimun tubuh atau akibat darah beku

BANGI, 28 Muharram 1443H, Isnin – Kenapa sesetengah pesakit COVID-19 mendapat komplikasi atau kematian mengejut selepas tamat tempoh kuarantin?

Menjawab persoalan demikian, Pakar Anestesiologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami mendedahkan, sebenarnya ada beberapa komplikasi jangkitan COVID-19 boleh berlaku selepas hari ke-10.

“Antaranya COVID pneumonia, organizing pneumonia, jangkitan paru-paru skunder, komplikasi darah beku di paru-paru atau jantung.

“Sebahagian komplikasi ada tanda amaran tetapi sebahagian kecil seperti kematian mengejut tiada tanda amaran,” jelasnya menerusi perkongsian di laman Facebooknya.

Beliau berkata, ini adalah komplikasi ‘acute COVID-19’ – di mana komplikasi boleh terjadi dari jangkitan virus, autoimun tubuh ataupun akibat darah beku.

Ia kerap terjadi dalam tempoh dua minggu sebaik disahkan COVID-19 atau dari simptom bermula, katanya.

Justeru, beliau menyarankan langkah terbaik untuk mengelakkan wabak COVID-19 adalah dengan pengambilan vaksinasi.

“Elakkan jangkitan COVID-19 dengan pengambilan vaksin, patuhi SOP dan jika dijangkiti COVID-19 sila pantau amaran,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button