Berita UtamaDunia

PBB beri jaminan kerjasama kepada Taliban perintah Afghanistan

Pelbagai bantuan tiba untuk bangunkan semula negara berperang

KABUL, 28 Muharram 1443H, Isnin – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan memberi jaminan kepada Taliban untuk terus menyokong dan bekerjasama dengan Afghanistan.

Perkara itu diputuskan selepas pemimpin tertinggi Taliban, Mullah Baradar mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths di Kementerian Luar di Kabul, semalam.

Dalam pertemuan berkenaan, Griffiths berjanji PBB akan terus memberi sokongan kepada Afghanistan, kata jurucakap Taliban Mohammad Naeem.

Kerjasama itu berlaku selepas PPB membuka semula operasi udara di Afghanistan dalam usaha membolehkan kira-kira 160 organanisasi lain meneruskan ativiti mereka dengan menyampaikan bantuan di wilayah berperang berkenaan.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric mengesahkan bekalan bantuan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah tiba di Afghanistan pada 3 September lalu.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Peter Maurer jiga tiba bagi lawatan tiga hari di Afghanistan.

Maurer yang tiba hari ini merancang untuk melawat beberapa kemudahan perubatan, pusat rehabiliti yang menempatkan mangsa keganasan dan juga kakitangan ICRC.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ICRC, Maurer turut bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Afghanistan.

Afghanistan kini sedang berada di bawah kawalan Taliban selepas 20 tahun berperang dan berdepan bencana kemanusiaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button