Berita UtamaDunia

Taliban wajibkan pelajar perempuan universiti Afghanistan pakai niqab

Kelas diasing ikut jantina atau dipisahkan dengan tirai

KABUL, 28 Muharram 1443H, Isnin – Pelajar perempuan yang melanjutkan pengajian di universiti swasta di Afghanistan diwajibkan memakai jubah dan niqab.

Selain itu, sesi kuliah juga akan diasingkan antara pelajar perempuan dan lelaki atau dipisahkan dengan tirai.

Demikian arahan dikeluarkan pihak berkuasa pendidikan Taliban yang turut mengarahkan pelajar wanita hanya boleh diajar oleh pensyarah wanita sahaja.

Namun sekiranya tiada pensyarah wanita yang boleh mengajar, hanya pensyarah lelaki yang lebih berusia boleh menggantikan kelas berkenaan.

Arahan berkenaan diguna pakai di semua universiti dan kolej swasta sejak dahulu lagi sejak pentadbiran terdahulu Taliban berakhir pada 2001.

Sepanjang tempoh itu, kebanyakan pelajar wanita sukar mendapat pendidikan susulan peraturan yang dikeluarkan kerana pelajar wanita perlu dipisahkan selain wajib ditemani saudara lelaki setiap kali keluar dari rumah.

Bagaimanapun tiada arahan wanita memakai burqa dalam peraturan yang dikeluarkan, sebaliknya hanya niqab yang menutupi sebahagian besar wajah dengan hanya mendedahkan mata sahaja.

Arahan baharu Taliban itu dikeluarkan ketika universiti swasta dijangka dibuka semula esok.

“Universiti juga diminta menyediakan pensyarah wanita untuk pelajar wanita berdasarkan kemudahan yang mereka miliki.

“Selain itu, pihak pengurusan mesti menyediakan pintu masuk dan keluar yang berbeza bagi pelajar perempuan serta lelaki,” menurut arahan berkenaan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button