Berita Utama

18 ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19 di Johor

Jumlah ibu hamil di Johor lengkap terima 2 dos seramai 9,177

ISKANDAR PUTERI, 29 Muharram 1443H, Selasa – Sebanyak 18 kes kematian akibat COVID-19 membabitkan ibu hamil dilaporkan di Johor sehingga semalam, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Memandang serius perkara itu, Exco Kesihatan R. Vidyananthan berkata pihaknya meningkatkan pemantauan berterusan terhadap ibu hamil termasuk menggalakkan mereka mendapatkan vaksinasi.

“Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), jumlah ibu hamil di Johor yang menerima satu dos suntikan vaksin adalah seramai 30,000 orang, manakala seramai 9,177 lagi sudah lengkap dua dos,” katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan DUN Johor ke-14 hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button