Dunia

EU nilai kesan pemberian dos penggalak vaksin Pfizer

Jangka hasil diterbitkan dalam tempoh beberapa minggu lagi

BRUSSELS, 29 Muharram 1443H, Selasa – Agensi Perubatan Eropah (EMA) mula menilai kesan terhadap pemberian dos penggalak bagi vaksin Pfizer-BioNTech, lapor agensi Anadolu. 

Jawatankuasa EMA untuk Perubatan Manusia akan menilai data mengenai suntikan dos penggalak yang diberikan enam bulan selepas dos kedua untuk individu berumur 16 tahun ke atas.

Penilaian dibuat berdasarkan hasil ujian klinikal membabitkan 300 individu dewasa dengan sistem imun sihat yang menerima dos ketiga sekitar enam bulan setelah mereka divaksinasi sepenuhnya. 

Agensi Kesatuan Eropah (EU) itu menjangkakan hasil penilaian akan diterbitkan dalam tempoh beberapa minggu lagi. 

Pfizer adalah vaksin pertama yang diberikan di EU berikutan ia menyumbang kepada pengembangan vaksin di bawah perjanjian pembelian yang ditandatangani pada tahun 2020.

Untuk dos penggalak, Suruhanjaya Eropah bersetuju membeli 1.8 bilion dos lagi daripada Pfizer-BioNTech bagi penggunaan tahun 2022 dan 2023. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button