Berita Utama

MOF ajak rakyat kongsi cadangan untuk Bajet 2022

Pandangan boleh dibuat selewat-lewat pada 15 September ini

BANGI, 29 Muharram 1443H, Selasa – Kementerian Kewangan hari ini mengajak seluruh rakyat berkongsikan cadangan untuk Bajet 2022 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, cadangan itu boleh dikongsikan melalui budget.mof.gov.my selewat-lewatnya pada 15 September ini.

“Apakah yang anda inginkan dari #Bajet2022? Kami mahukan pandangan anda sebagai #KeluargaMalaysia.

“Kongsikan cadangan anda melalui http://budget.mof.gov.my/ selewat-lewatnya pada 15 September 2021,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, kementerian berkenaan turut menerbitkan Kertas Konsultasi Awam ke atas beberapa topik terpilih sebagai sebahagian daripada proses penyediaan Bajet 2022.

“Pihak awam adalah dijemput untuk memuat turun kertas-kertas berkenaan dan mengemukakan maklum balas melalui laman web MOF, www.mof.gov.my/konsultasi-awam.

“Soalan atau penghantaran dokumen maklum balas tambahan berkenaan KKA boleh dikemukakan melalui emel [email protected],” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button