Berita Utama

Pemandu lori rempuh lima kenderaan direman empat hari

Reman terhadap lelaki berusia 25 tahun bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 29 Muharram 1443H, Selasa – Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di sini semalam, direman empat hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh dalam kenyataan hari ini berkata, reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu bermula hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, pemandu lori yang positif dadah itu ditahan selepas kenderaan dipandunya merempuh dua kereta Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL pada 2.40 petang.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun turut terperangkap dalam keretanya dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button