Berita Utama

Pembukaan sekolah negeri fasa 3, pandangan pelbagai pihak dipertimbang

Saranan akan diteliti sebelum sebarang keputusan dilaksanakan

KUALA LUMPUR, 29 Muharram 1443H, Selasa – Pandangan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah mengenai sesi persekolahan akan dipertimbang sebelum pelan komprehensif pembukaan sekolah dimuktamadkan bagi negeri Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut catatan melalui Facebook beliau hari ini, Radzi memaklumkan saranan dan cadangan yang diberi akan diteliti dan diperhalusi sebelum sebarang keputusan dilaksanakan.

“Apa jua yang kami usahakan pastinya demi pendidikan generasi masa depan negara. Insya-Allah. KPM (Kementerian Pendidikan) sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, beliau turut menyertai satu sesi libat urus melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru, guru besar dan pengetua sekolah dari Negeri Sembilan hari ini berhubung perkara itu.

Ahad lepas, Radzi mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil PIBG sekolah menengah dan rendah, guru besar serta pengetua di Labuan mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober nanti. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button