Taliban dakwa berjaya tawan Panjshir
Barisan Penentangan Nasional nafi, anggap kemenangan Taliban palsu

KABUL, 29 Muharram 1443H, Selasa – Taliban kini sudah menguasai sepenuhnya wilayah Panjshir, kata jurucakap kumpulan itu ketika menguatkan kawalannya terhadap negara bekenaan tiga minggu selepas mengambil alih Kabul.
“Dengan kemenangan ini, negara ini sudah bebas sepenuhnya daripada kancah peperangan,” kata ketua jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.
Gambar di media sosial menunjukkan anggota Taliban berdiri di hadapan pintu pagar perkuburan gabenor wilayah Panjshir.
Bagaimanapun jurucakap Barisan Penentangan Nasional (NRF) berkata, tuntutan Taliban berhubungan kemenangan itu palsu dan tentera penentang terus bertempur, sambil menambah bahawa kehadiran tentera dalam ‘posisi strategik’ di seberang lembah Panjshir.
Keberadaan pemimpin gerakan anti-Taliban Afghanistan, Ahmed Massoud dan Amrullah Saleh – bekas Naib Presiden Afghanistan tidak diketahui dengan segera.
Biarpun begitu, Massoud mengatakan dalam hantaran di akaun Twitter bahawa beliau selamat.
“Kami berada di Panjshir dan penentangan kami akan berterusan,” katanya tanpa memberikan maklumat lanjut berhubung keberadaannya.
Menawan Panjshir akan menjadi kemenangan simbolik utama bagi Taliban, yang tidak pernah berjaya melakukannya ketika mereka terakhir memerintah negara itu. – Agensi