Berita Utama

Hampir 90 peratus populasi dewasa terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin

69.6 peratus populasi telah melengkapkan suntikan vaksin

KUALA LUMPUR, 1 Safar 1443H, Rabu – Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button