Berita UtamaDunia

Israel cari ayah, adik-beradik tahanan Palestin lari dari Penjara Gilboa

Sekatan keselamatan baharu turut dikenakan ke atas Jenin

TEBING BARAT, 1 Safar 1443H, Rabu – Pasukan penjajah Israel mengenakan sekatan keselamatan baharu ke atas bandar Jenin di Tebing Barat utara, ekoran insiden enam warga Palestin melarikan diri dari penjara di utara negara haram itu, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pasukan itu turut memanggil ayah dan adik lelaki salah seorang tahanan Palestin yang melarikan diri dari penjara memiliki tahap keselamatan tinggi.

Fouad Kahamji dan anaknya Majd – bapa dan adik-beradik kepada tahanan bernama Iham Kahamji yang melarikan diri dari Penjara Gilboa, dipanggil oleh pasukan pendudukan Israel.

Saksi mengatakan satu bahagian pasukan Israel dikerahkan di Dataran Marj Ibn Amer, berhampiran Kelab Kuda Al-Safi, dan di situ tentera penjajah mula memeriksa kad pengenalan penduduk Palestin di kawasan tersebut.

Para saksi berkata, pasukan penjajah menggunakan kenderaan dengan plat pendaftaran Palestin semasa serbuan.

Terdahulu, enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi di utara Israel pada awal pagi.  

Mereka dipercayai menggali terowong untuk keluar dari penjara yang dibina pada tahun 2004 untuk tahanan Palestin ‘paling berbahaya’ .

Semua tahanan itu berasal dari Jenin dan dinamakan sebagai Munadil Nafayat, 26, dari Yaabad; Mahmoud dan Mohammad Al-Arida, kedua-duanya dari Arraba; Iham Kahamji, 35, dari Kufr Dan; dan Yaqoub Qadiri, 49, dari Deir al-Basha.  

Sebilangan besar menghabiskan hampir 20 tahun atau lebih di dalam penjara untuk menjalani hukuman seumur hidup.  

Banduan keenam bernama Zakaria Zubeidi, yang dipenjarakan pada tahun 2019 walaupun dia belum dijatuhi hukuman kerana melakukan jenayah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button