Berita Utama

Pemandu e-hailing terima bantuan RM500 Jumaat ini

Baki dibayar pada pemandu layak yang berdaftar dengan APAD

BANGI, 1 Safar 1443H, Rabu – Kira-kira 27,627 pemandu e-hailing yang belum menerima bantuan RM500 menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bakal menerima bayaran itu, Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, bayaran baki bantuan kepada pemandu layak disalurkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 3 September lalu.

APAD kini dalam proses melakukan pembayaran kepada penerima melalui Hong Leong Bank yang dilakukan secara autokredit.

“Kementerian memohon maaf atas kelewatan penyaluran bantuan ini. Kami berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan mereka berdepan ujian pandemik COVID-19,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Berdasarkan senarai dikeluarkan APAD, seramai 56,092 pemandu e-hailing memenuhi syarat, layak menerima bantuan sekali bayaran bantuan PEMERKASA berjumlah RM500.

Sebelum ini, 28,465 pemandu e-hailing yang layak bermula 26 Julai hingga 6 Ogos lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button