Berita UtamaDunia

Rejim haram Israel geledah puluhan rumah di Jenin cari tahanan

Cetus perbalahan apabila tentera Zionis bertindak kasar

JENIN 1 Safar 1443H, Rabu – Rejim penjajah Israel mengawal dan menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat – termasuk menggeledah rumah penduduk Palestin atas alasan mencari tahanan yang berjaya meloloskan diri daripada penjara.

Puluhan tentera negara haram Israel dilaporkan mengawal ketat kawasan Arraba dan meneruskan misi pencarian berkenaan secara besar-besaran.

Rejim pengganas turut menyerbu rumah ahli keluarga enam tahanan serta menahan ahli keluarga berkenaan.

Menerusi rakaman video menunjukkan Shaddah Ardah, abang kepada tahanan yang melarikan diri, Mahmaoud Ardah ditahan pasukan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pemuda Palestin berang sehingga mencetus pergaduhan antara pemuda tempatan dan tentera rejim Zionis.

Di Kampung Aneen, barat Jenin pula puluhan tentera terus bersikap kasar dengan menggeladah rumah secara besar-besaran.

Keadaan sama turut berlaku di kampung Faaqqu, bagi hari kedua berturut-turut.

Tentera turut melancarkan operasi pencarian di di kawasan gunung berhampiran Faqqu’a dan menyoal siasat penduduk di kawasan berkenaan.

Terdahulu, enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi di utara Israel pada awal pagi.

Mereka dipercayai menggali terowong untuk keluar dari penjara yang dibina pada tahun 2004 untuk tahanan Palestin ‘paling berbahaya’ .

Semua tahanan itu berasal dari Jenin dan dinamakan sebagai Munadil Nafayat, 26, dari Yaabad; Mahmoud dan Mohammad Al-Arida, kedua-duanya dari Arraba; Iham Kahamji, 35, dari Kufr Dan; dan Yaqoub Qadiri, 49, dari Deir al-Basha.

Sebilangan besar menghabiskan hampir 20 tahun atau lebih di dalam penjara untuk menjalani hukuman seumur hidup.  – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button