Berita UtamaDunia

Taliban umum tubuh kerajaan interim di Afghanistan

Mullah Mohammad Hasan Akhund dilantik sebagai ketua kerajaan sementara

KABUL, 1 Safar 1443H, Rabu – Taliban mengumumkan penubuhan kerajaan sementara atau interim di Afghanistan yang akan dipimpin oleh Mullah Mohammad Hasan Akhund, lapor Agensi Anadolu, semalam.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas kumpulan itu mengatakan mereka telah menguasai sepenuhnya negara berkenaan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memaklumkan, Akhund telah dilantik sebagai ketua ‘kerajaan sementara’, sementara Mullah Abdul Ghani Baradar dan Mullah Abdul Salam Hanafi akan menjadi timbalannya.

Manakala, Sarajuddin Haqqani akan menjadi pemangku Menteri Dalam Negeri dan Amir Khan Muttaqi dilantik sebagai pemangku Menteri Luar Negeri.

Mullah Yaqoob pula dilantik sebagai pemangku Menteri Pertahanan, sementara Zabihullah akan menjadi pemangku Menteri Budaya dan Komunikasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button