Berita UtamaDunia

‘Mereka pahlawan kami’

Ratusan penduduk bersolidariti untuk tahanan Palestin

TEBING BARAT, 2 Safar 1443H, Khamis – Ratusan penduduk Palestin di Tebing Barat berhimpun sebagai tanda sokongan kepada enam tahanan yang berjaya meloloskan diri daripada penjara kawalan ketat, utara negara haram Israel.

Mereka berkumpul di Ramallah, Bethelem, Hebron dan beberapa kawasan lagi di Tebing Barat sambil mengibarkan bendera Palestin.

“Kami keluar sebagai tanda solidariti kepada tahanan di penjara negara penjajah,” kata Jihad Abu Adi, seorang penduduk yang menyertai himpunan berkenaan.

Penduduk Palestin menyifatkan tahanan di penjara berkenaan sebagai pahlawan yang sanggup berkorban demi memperjuangkan tanah air mereka.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett yang mengadakan perbincangan dengan ketua pertahanan dan keselamatan semalam berkata, pelbagai kemungkinan akan berlaku berikutan kejadian tersebut.

“Israel kini bersedia dengan pelbagai senario,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Terdahulu, enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi di utara Israel pada awal pagi.

Mereka dipercayai menggali terowong untuk keluar dari penjara yang dibina pada tahun 2004 untuk tahanan Palestin ‘paling berbahaya’.

Sebilangan besar tahanan menghabiskan hampir 20 tahun atau lebih di dalam penjara untuk menjalani hukuman seumur hidup.  – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button