Berita UtamaDunia

Negara-negara dunia diajak terus berdialog dengan Taliban: PBB

Sebagai tanda solidariti bersama rakyat Afghanistan yang kini menderita

NEW YORK, 3 Safar 1443H, Jumaat – Semua negara perlu meneruskan dialog dengan Taliban, sebagai tanda solidariti bersama rakyat Afghanistan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Tindakan itu penting bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Afghanistan yang kini menderita dan berisiko mati kebuluran selain mengelak berlaku runtuhan ekonomi di negara itu.

“Kita mesti mengekalkan dialog dengan Taliban dan menyatakan pendirian secara langsung bersama rakyat Afghanistan.

“Tugas kita ialah menghulurkan solidariti kepada rakyat yang menderita ketika jutaan orang berisiko mati kebuluran,” katanya.

Pada masa sama, Guterres berkata, PBB juga berharap sebuah ‘kerajaan inklusif ‘dibentuk di negara itu.

“Kami menghormati hak asasi manusia, wanita dan kanak-kanak, Afghanistan perlu ditadbir secara aman dan stabil,” ujar Guterres.

Katanya, Afghanistan harus ditadbir secara aman dan stabil, manakala hak asasi wanita dan kanak-kanak di negara itu perlu dihormati. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button