Berita Utama

21,176 kes baharu COVID-19 hari ini

Jadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini 1,940,950

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1443H, Jumaat – Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini sedikit meningkat iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes.

Sarawak masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,734 diikuti Selangor 3,595, Johor (2,297), Sabah (2,246), Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366), Kelantan (1,254) dan Pahang (853).

“Terengganu pula mencatatkan 776 kes, Melaka (485), Kuala Lumpur (467), Negeri Sembilan (252), Perlis (77), Putrajaya (21) dan Labuan (6),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 82 peratus atau 1,590 manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (17,493). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button