Berita Utama

638 kes bunuh diri direkod sehingga Julai

Peningkatan 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak berbanding tahun lalu

BANGI, 3 Safar 1443H, Jumaat – Sebanyak 638 kes bunuh diri yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun ini sehingga Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu 262 kes.

Menurutnya, antara faktor sosial yang menyebabkan tekanan melampau ialah hilang pekerjaan atau sumber pendapatan, dan isolasi sokongan keluarga dan sahabat.

“Tambahan lagi, situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu.

“Tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri, rancangan bunuh diri, cubaan bunuh diri dan kematian akibat tindakan bunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Eliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa bunuh diri antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berumur daripada 15 hingga 29 tahun.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di seluruh dunia terdapat lebih 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun dengan purata satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat,” katanya.

Justeru, kata Dr Noor Hisham, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia bertemakan ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’ dianjurkan dengan tujuan meningkatkan keyakinan masyarakat mencegah insiden bunuh diri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button