Dunia

COVID-19: Thailand saring peniaga pasar melalui peluh ketiak

Bangunkan alat saringan mudah alih kesan tanda halus jangkitan virus

BANGKOK, 3 Safar 1443H, Jumaat – Penyelidik Thailand sedang membangunkan alat saringan mudah alih bagi mengesan virus COVID-19 melalui peluh ketiak ke atas peniaga di pasar makanan di Bangkok, minggu ini. 

Saintis tempatan mendakwa, peluh pada ketiak peniaga pasar Bangkok ketika musim hujan lembab berkemungkinan mengandungi tanda-tanda halus jangkitan virus COVID-19.

Kumpulan penyelidik menyesuaikan alat peranti yang biasanya digunakan untuk mengesan bahan kimia toksik dalam alam sekitar.

“Daripada sampel, kita mendapati bahawa individu yang dijangkiti COVID-19 merembeskan bahan kimia yang sangat berbeza. 

“Maka, kita menggunakan dapatan ini untuk membangunkan alat bagi mengesan bau tertentu yang dihasilkan oleh bakteria tertentu dalam peluh individu dijangkiti COVID-19,” kata penyelidik Universiti Chulalongkorm Bangkok, Chadin Kulsing.

Chadin berharap – ujian saringan yang 95 peratus tepat itu – dapat dilancarkan sebagai alternatif berpatutan berbanding ujian calitan yang lebih mahal kerana memerlukan pemprosesan makmal. 

“Pelapik kapas akan diletakkan di bawah lengan mereka selama 15 minit, sebelum calitan dimasukkan ke dalam botol kaca dan disterilkan dengan sinar UV.

“Juruteknik kemudian akan menarik sejumlah sampel yang sesuai dengan menggunakan hos sedutan, dan menekannya ke dalam penganalisis untuk memeriksa hasil,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button