Dunia

Lubnan lancar kad tunai bantu 500,000 keluarga terjejas

Setiap isi rumah layak terima AS$25 sebulan

BEIRUT, 3 Safar 1443H, Jumaat – Lubnan melancarkan kad tunai untuk membantu lebih 500,000 keluarga yang memerlukan bantuan di tengah krisis kewangan dan ekonomi di negara itu, lapor Agensi Berita Nasional. 

Dalam satu sidang media semalam, Menteri Hal Ehwal Sosial Lubnan, Ramzi Musharrafieh berkata, setiap isi rumah layak menerima AS$25 setiap bulan – sama nilai dalam paun Lubnan pada kadar pertukaran pasaran selari – menerusi kad itu.

Beliau berkata, pemberian kad itu bertujuan mengekang program subsidi yang menelan belanja sehingga AS$6 bilion setiap tahun, menyebabkan pengurangan rizab asing di negara berkenaan.

Katanya, kerajaan memperuntukkan sekitar AS$556 juta untuk rancangan itu, sementara berusaha untuk mendapatkan dana dari pinjaman Bank Dunia yang menyasarkan infrastruktur dan tenaga kerja serta hak pengeluaran khas IMF dikenali sebagai SDR.

Lubnan kini berdepan krisis kewangan yang belum pernah berlaku, sehingga mengakibatkan 74 peratus penduduk menjadi miskin, menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Barat (ESCWA). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button