Berita UtamaDunia

2 tahanan lolos Penjara Gilboa ditahan semula oleh Israel

Mahmoud Aradeh dan Yakub Kadari ditahan di Nazaret

RAMALLAH, 4 Safar 1443H, Sabtu – Dua tahanan yang berjaya melarikan diri minggu ini dari Penjara Gilboa ditangkap semula oleh pasukan keselamatan negara haram Israel, semalam, lapor Haaretz.

Anggota Jihad Islam, Mahmoud Aradeh dan Yakub Kadari ditahan di Nazaret oleh pasukan keselamatan Israel setelah dua orang awam melihat lelaki itu, dan melaporkan mereka sebagai individu yang mencurigakan.

Kedua-duanya dibawa untuk disoal siasat oleh organisasi keselamatan Israel, Shin Bet dan tidak menolak penahanan, menurut laporan.

Sementara itu, pelarian penjara yang terkenal, bekas komander Briged Syahid Al-Aqsa, Zakaria Zubeidi, masih belum dapat ditangkap.

Terdahulu, Israel dilaporkan berasa bingung setelah enam tahanan melarikan diri keluar dari penjara keselamatan tertinggi tanpa dikesan.

Enam tahanan yang melarikan diri menggali lubang selama beberapa bulan dengan hanya menggunakan sudu berkarat, dan menyembunyikan pintu masuk dengan papan lantai yang longgar.

Sehari sebelum melarikan diri, Zubeidi dikatakan meminta pemindahan ke sel di mana lima pelarian lain ditahan, yang dikatakan telah diberikan tanpa pertanyaan.

Enam warga Palestin itu mula bergerak sekitar jam 1.00 pagi waktu tempatan, dan muncul tepat di bawah menara pengawal, di mana, menurut sumber keselamatan, pengawal di menara itu tertidur.

Enam lelaki itu kemudian berjalan kaki ke kenderaan yang sedang menunggu, dan ada di antara mereka masuk ke dalam kenderaan tersebut, sementara beberapa yang lain berjalan kaki.

Maklumat kecemasan pada awalnya dibuat oleh orang awam di Laluan 71 Israel, yang mengaku telah melihat individu-individu tersebut melintasi ladang.

Laporan berikutnya termasuk dari seorang petugas stesen minyak yang telah melihat seorang lelaki pelik lalu di situ.

Tiga tahanan dilaporkan hilang oleh kakitangan penjara sekitar jam 03.30 pagi, yang kemudian meningkat menjadi enam pada jam 4 pagi.

Pemburuan untuk empat tahanan lain kini berterusan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button