Berita Utama

72 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap divaksinasi

38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1443H, Sabtu – Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 287,059 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button