Pendapat

Allahyarham Zaman Khan pejuang agama, bangsa, tanah air yang komited

'Ketika sakit pun beliau gagahkan diri untuk turun berjuang'

KITA baru sahaja menerima berita yang sangat sedih, Tan Sri Mohd Zaman Khan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.15 pagi tadi.

Saya mengenali secara rapat Allahyarham Tan Sri Mohd Zaman Khan dan saya anggap beliau sebagai mentor saya kerana beliau banyak menunjuk ajar dan membimbing saya dalam pelbagai perkara lebih-lebih lagi dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Beliau memang dikenali umum sebagai seorang yang komited dengan perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Malah, ketika beliau sakit pun beliau menggagahkan diri untuk turun berjuang. Kita kehilangan seorang lagi pejuang bangsa yang sangat bernilai, pastinya pemergian Allahyarham akan sangat dirasai.

Allahyarham memang nampak seperti seorang yang garang dan tegas tetapi sebenarnya beliau merupakan seorang yang sangat accomodative, mudah berbincang serta menerima pandangan dan idea.

Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Ameen.

Pemergianmu akan dirindui kami semua.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button