Berita Utama

COVID-19: 19,550 kes baharu hari ini

Sarawak kekal rekod kes harian tertinggi 6 hari berturut-turut

KUALA LUMPUR, 4 Safar 1443H, Sabtu – Sebanyak 19,550 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, sedikit menurun berbanding 21,176 kes semalam.

Pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah 1,960,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk enam hari berturut-turut dengan 3,743 kes hari ini.

Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,416 kes, diikuti Johor (2,282); Sabah (2,163); Pulau Pinang (1,865); Kedah (1,390); Perak (1,354); dan Kelantan (1,320).

Negeri-negeri yang merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka adalah Terengganu (953); Pahang (722); Kuala Lumpur (555); Melaka (490); Negeri Sembilan (198); Perlis (73); Putrajaya (24); dan Labuan (dua). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button