Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel tembak mati doktor Palestin

Hazem al-Golani ditembak di salah satu pintu masuk Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 4 Safar 1443H, Sabtu – Rejim pengganas Israel menembak mati seorang doktor Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dijajah, dan mencederakan sejumlah penduduk di tempat lain di Tebing Barat semasa tunjuk perasaan menyokong tahanan Palestin lolos dari penjara Zionis.

Agensi berita WAFA memetik kenyataan saksi yang memaklumkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah Hazem al-Golani di salah satu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa pada hari Jumaat, dan melarang penduduk Palestin mendekatinya.

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan mengatakan dalam satu kenyataan ringkas bahawa, Golani meninggal dunia akibat kecederaan di Pusat Perubatan Hadassah.

Pegawai Israel mengatakan lelaki itu ditembak mati setelah dia didakwa cuba menikam pegawai polis rejim Zionis di Kota Lama.

Pada awal pagi hari Isnin, Zakaria Zubeidi, seorang bekas komander kumpulan tahanan Palestin, Briged Syahid al-Aqsa di Jenin dan lima anggota kumpulan Jihad Islam berjaya membuat jalan keluar melalui sistem saliran sel mereka untuk melarikan diri dari Penjara Gilboa.

Ini adalah kes melarikan diri terbesar melibatkan tahanan Palestin dari penjara Israel sejak 1987.

Susulan daripada kejadian itu Israel melancarkan tindakan keras terhadap tahanan Palestin.

Rakyat Palestin turun ke jalan-jalan di Tebing Barat yang dijajah pada hari Jumaat untuk menyatakan solidariti mereka kepada para tahanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button