Berita UtamaDunia

Individu tak vaksin berisiko maut 11 kali ganda jika dijangkiti COVID-19

Kajian dibuat ketika varian Delta jadi strain dominan di AS

WASHINGTON, 5 Safar 1443H, Ahad – Individu yang tidak divaksinasi berdepan risiko kematian akibat COVID-19 11 kali ganda lebih daripada mereka yang telah menerima suntikan, menurut data dikeluarkan  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

Pengarahnya, Rochelle Wallensky memaklumkan, penemuan itu berdasarkan tinjauan kes, kemasukan ke hospital dan kematian di 13 negeri, dan merupakan bukti kepada ‘kekuatan vaksinasi COVID-19.’

Kajian ini melihat data dari dua bulan terakhir ketika varian Delta yang sangat menular menjadi strain dominan di Amerika Syarikat (AS).

Pihaknya mendapati, selain meningkatkan perlindungan dari kematian yang berkaitan dengan virus, vaksin juga sangat melindungi terhadap jangkitan dan kebarangkalian dimasukkan ke hospital.

Individu yang tidak divaksinasi berisiko kira-kira 4.5 kali lebih dijangkiti COVID-19, dan lebih daripada 10 kali cenderung untuk dimasukkan ke hospital, kata Walensky semasa sidang media maya.

“Seperti yang telah kita tunjukkan dalam kajian setelah kajian, vaksinasi berfungsi,” katanya.

Kajian ini dikeluarkan sepenuhnya di laman web CDC pada hari Jumaat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button