Berita Utama

Surendran keluar PKR, dakwa parti gagal laksana reformasi

Bekas MP Padang Serai kecewa tiada pembaharuan seperti yang pernah dijanji

BANGI, 27 Rejab 1445H, Khamis – Bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran meninggalkan PKR kerana kecewa dengan parti itu.

Menerusi hantaran di X, Surendran yang juga bekas Naib Presiden PKR itu mendakwa parti itu tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi seperti dijanjikan.

“Fahmi, tidak kisahlah disiplin parti. Saya pun sudah lama tidak menjadi ahli parti yang aktif. Saya bertanya mengenai pembaharuan PKR yang pernah dijanjikan. Tiada jawapan yang baik untuk (pertanyaan) itu.

“Tiada guna jadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” katanya pada Rabu.

Sebelum ini, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button