Berita Utama

Pelancong guna jalan darat ke Langkawi perlu surat polis

Bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya

BANGI, 5 Safar 1443H, Ahad – Selain perlu lengkap dua dos suntikan vaksin, orang ramai juga dikehendaki mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melancong ke Pulau Langkawi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di laman Twitter memaklumkan, ia adalah untuk pelancong yang menggunakan jalan darat.

Katanya, surat berkenaan adalah bagi tujuan rentas negeri dan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR).

Manakala bagi pelancong yang menggunakan pesawat udara, mereka tidak diperlukan berbuat demikian untuk ke pulau berkenaan.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi: Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR. 

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” katanya.

Sementara itu, di bawah ciapan tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengambil kesempatan memberikan komen lanjut.

“Diharapkan penjelasan ini akan merungkaikan kekeliruan mengenai keperluan permit polis untuk ke Pulau Langkawi. 

“Penerbangan ke Langkawi tidak perlu permit polis,” kata Dr Noor Hisham.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button