Berita UtamaDunia

Taufan Chanthu sebabkan banjir besar di utara Filipina

11,000 orang terjejas, 1,000 lagi masih di pusat pemindahan

MANILA, 5 Safar 1443H, Ahad – Beberapa komuniti dilanda banjir dan terputus bekalan elektrik selepas taufan kuat melanda pulau utara Filipina, kata pihak berkuasa.

Taufan Chanthu – yang pada satu ketika dikategorikan oleh biro cuaca Filipina sebagai kategori lima, telah beransur lemah selepas membadai wilayah utara, termasuk pulau Batanes semalam.

“Ini adalah salah satu taufan terkuat yang pernah saya rasakan,” kata seorang penduduk bandar Sabtang di wilayah Batanes – yang sering dilanda taufan kuat – Dennis Ballesteros Valdez.

Rakaman yang diambil Valdez menunjukkan angin kencang dan hujan melanda rumah di Sabtang pada Sabtu pagi.

Lebih daripada 11,000 orang terjejas akibat taufan, dengan lebih dari 1,000 orang masih berada di pusat pemindahan, kata agensi bencana dalam satu laporan.

Belum ada korban jiwa dilaporkan.

Taufan Chanthu telah diturunkan kepada kategori tiga, menurut Tropical Storm Risk, ketika ia membadai Taiwan dan membasahi pulau itu dengan hujan lebat.

Filipina dilanda purata 20 taufan tropika setiap tahun, menurut pihak berkuasa cuaca. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button