Berita UtamaDunia

Turki sekat kemasukan 1.25 juta pendatang tanpa izin

Beri jaminan tiada gelombang pelarian baharu dari Afghanistan

ANKARA, 5 Safar 1443H, Ahad – Turki membuat pendirian tegas menyekat kemasukan 1.25 juta pendatang tanpa izin selama tiga tahun terakhir, lapor Anadolu Agency.

Bercakap dengan Al Jazeera, Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkongsi bahawa Ankara telah menangkap 400,000 orang Afghanistan sejak 2016, dan menyatakan bahawa 151,000 dikembalikan ke negara mereka melalui laluan udara.

Beliau berkata, 80,000 mendapat perlindungan antarabangsa dan tinggal di Turki, 20,000 lagi memperoleh permit penduduk, sementara selebihnya meninggalkan negara itu secara haram.

Soylu menegaskan, tidak akan ada gelombang imigrasi baharu dari Afghanistan ke Turki, yang mana negara itu tidak bertoleransi dengan imigrasi haram dan sedang berusaha untuk menghadapinya.

Soylu turut mengesahkan, sekitar lapan juta pelarian tinggal di sekeliling Turki, termasuk 3.8 juta di Idlib, 600,000 di Afrin dan 1.2 juta di daerah Perisai Efrat di utara Syria.

Beliau menekankan, Turki memiliki sumber daya yang mencukupi untuk mengendalikan imigrasi haram, sambil memaklumkan tembok sempadan sepanjang 175 kilometer antara Turki dan Iran telah siap dibina. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button