Berita Utama

Syor sesi persekolahan baru dikekalkan pada Mac setiap tahun

Dapat selesai masalah pelajar terutama di negeri Pantai Timur

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 6 Safar 1443H, Isnin – Kemasukan sekolah pada Mac 2022 boleh dilaksanakan secara tetap pada setiap tahun sebagai norma baharu pendidikan negara.

Cadangan itu disuarakan Alumni Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang berpendapat ia mampu menyelesaikan masalah pelajar peperiksaan SPM dan STPM, khasnya di negeri Pantai Timur yang terbabit dengan hujan lebat dan banjir.

Presidennya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pembukaan sesi persekolahan pada Mac boleh dikekalkan dan tidak berubah kepada asal apabila pandemik COVID-19 ditukar kepada endemik atau berlakunya perubahan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia.

“Ini kerana, hujung biasanya tahun akan berlaku banjir dan ini dilihat membantu mengurangkan beban pelajar terutama di negeri-negeri Pantai Timur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai isu vaksinasi, Alumni GPMS Kebangsaan mencadangkan agar kawasan sekolah diwartakan sebagai institusi yang dikhaskan kepada penerima vaksin sahaja setelah kesemua murid menerima suntikan.

“Ini semua bagi kebaikan pelajar supaya berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya.

Malah, peruntukan khas juga perlu dipertimbangkan kerajaan melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi mengurangkan kos ujian saringan COVID -19.

“Ini semua penting bagi mewujudkan gelembung selamat yang bakal dikenakan sebanyak tiga kali ujian kepada setiap murid sebelum kembali ke sekolah.

“Terutama dalam kategori Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button