Berita UtamaDunia

AS$600 juta diperlukan bantu rakyat Afghanistan berdepan krisis

93 peratus penduduk tak dapat keperluan makanan

GENEVA, 6 Safar 1443H, Isnin – Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) akan mengadakan perbincangan bagi mengumpul dana sebanyak AS$600 juta untuk diserahkan kepada Afghanistan, ketika rakyatnya berdepan krisis kemanusiaan.

Sebelum Taliban berkuasa, separuh populasi atau 18 juta rakyat Afghanistan bergantung kepada bantuan dunia dan jumlah tersebut dilihat akan bertambah selepas ketiadaan aliran tunai dan makanan.

Pemberhentian secara mendadak jutaan dolar daripada bantuan dunia berikutan kejatuhan kerajaan memberi tekanan besar kepada program PBB.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, pihaknya kini berdepan masalah kewangan kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan sendiri.

Menerusi perbincangan yang dijadualkan petang ini, ia akan dihadiri Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Peter Maurer dan puluhan wakil pemerintahan termasuk Menteri Luar Jerman, Heiko Maas.

Katanya, satu pertiga daripada AS$600 juta itu akan digunakan untuk Program Bantuan Makanan Dunia (WFP) selepas mendapati rakyat Afghanistan tidak mendapat makanan secukupnya.

Hasil tinjauan pada Ogos dan September mendapati 93 peratus daripada 1,600 penduduk Afghanistan tidak mendapat makanan secukupnya berikutan ketiadaan wang mencukupi untuk membeli makanan.

Sementara itu, Pengarah WFP, Anthea Webb pula menyifatkan perkara ini perlu disegerakan bagi menyelamatkan nyawa rakyat Afghanistan.

“Rakyat Afghanistan kini berdepan musim salji dan berada kelaparan dan kita perlu membantu rakyat di sana secepat mungkin dan dilihat sangat memerlukan,”ujarnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button