Berita Utama

Malaysia sumbang 250,000 pelitup muka kepada Iraq

Guna dana di bawah AAKPRI yang diselenggara Kementerian Luar Negeri

BANGI, 6 Safar 1443H, Isnin – Kerajaan Malaysia menyumbang 250,000 unit pelitup muka kepada Republik Iraq melalui Kedutaan Besar Iraq di Kuala Lumpur.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, sumbangan itu menzahirkan usaha berterusan Malaysia untuk bekerjasama dengan Republik Iraq dan masyarakat antarabangsa dalam memerangi pandemik COVID-19.

Wisma Putra berkata, sumbangan dibuat mengunakan dana peruntukan di bawah Akaun Amanah Pembelaan Rakyat Iraq (AAKPRI) yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan diselenggara oleh Kementerian Luar Negeri.

“Sumbangan Malaysia ini mencerminkan hubungan mesra di antara kedua-dua negara di saat dunia sedang berusaha COVID-19.

“Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama dengan Republik Iraq untuk kepentingan besama kedua-dua buah negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button