Berita UtamaDunia

Pakistan: 8 pelajar terperangkap dalam kereta kabel diselamatkan

Helikopter tentera diguna untuk selamatkan mangsa dalam operasi bantuan

KHYBER PAKHTUNKHWA, 6 Safar 1445H, Rabu – Lapan pelajar sekolah yang terperangkap dalam kereta kabel selama beberapa jam pada ketinggian 274 meter di barat laut Pakistan, berjaya diselamatkan.

Dalam operasi bantuan, sebuah helikopter tentera digunakan untuk menyelamatkan mangsa, sementara pasukan di bawah cuba menenangkan kumpulan pelajar lain yang terperangkap dalam gelap.

Mereka yang terperangkap terdiri daripada enam kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 16 tahun, serta dua individu dewasa.

Kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan ke sekolah, namun berdepan detik cemas apabila salah satu daripada kereta kabel terputus.

Kesemua mereka terperangkap dalam kereta kabel di atas kawasan gaung dengan keadaan angin kencang berhampiran bandar Battagram di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Sementara itu, Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar ul- Haq melahirkan rasa syukur kesemua mangsa berjaya diselamatkan.

Pasukan tentera Pakistan berkata, misi menyelamat terlalu sukar dan berbahaya.

Seorang daripada mangsa terperangkap adalah remaja lelaki yang menghidap penyakit jantung dilaporkan tidak sedarkan diri selama beberapa jam ketika kejadian berkenaan.

Manakala, seorang lagi dilaporkan pengsan berikutan terlalu takut, kerana terperangkap dalam ruangan kereta kabel yang kecil tanpa udara yang mencukupi. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button