Berita UtamaDunia

Ribuan keluarga miskin di Gaza akan terima bantuan wang tunai

Qatar agih dana, turut diberi pada penjawat awam kendalian Hamas

GAZA, 6 Safar 1443H, Isnin – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengagihkan bantuan tunai kepada ribuan keluarga miskin di Gaza yang dikendalikan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di bawah program yang dibiayai Qatar.

Qatar telah menyumbang ratusan juta dolar kepada Gaza sejak perang 2014 antara pemerintah Hamas dan negara pengganas Israel.

Bagaimanapun serangan pada Mei lalu mendorong gesaan Israel dan Amerika Syarikat (AS) untuk menyemak semula pembayaran bagi memastikan ia tidak sampai ke Hamas.

Di bawah skema pembiayaan yang disemak semula – dikoordinasikan oleh Qatar dan PBB – disokong oleh Israel – wang tunai akan diberikan di lebih daripada 700 titik pengedaran di seluruh Semenanjung Gaza, kata pegawai PBB.

Wakil Timur Tengah PBB, Tor Wennesland menerusi kenyataan di Twitter semalam berkata, hampir 100,000 penerima akan mula menerima bantuan wang tunai pada Isnin.

Qatar juga akan memberikan bantuan kepada penjawat awam di kementerian-kementerian yang dikendalikan Hamas di bawah perjanjian dengan bank-bank di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Barat.

Bagaimanapun Jumaat lalu, PA menarik diri daripada perjanjian itu susulan bimbang penglibatan pihaknya akan mendedahkannya kepada masalah undang-undang.

Skim pendanaan Qatar untuk orang miskin Gaza telah mendapat sokongan dari negara haram Israel.

Namun, menurut Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, pembayaran akan dibuat dalam bentuk baucar, bukan dalam bentuk tunai seperti yang dikatakan oleh pegawai PBB. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button