Berita UtamaDunia

Sukatan pengajian di Universiti Afghanistan diteliti semula

Garis panduan pakaian akan diperkenalkan masa terdekat

KABUL 6 Safar 1443H, Isnin – Universiti di Afghanistan akan diasingkan mengikut jantina serta garis panduan baharu berkaitan pakaian akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan Menteri Tinggi Pendidikan, Abdul Baqi Haqqani yang tidak membenarkan pelajar wanita meneruskan pengajian bersama pelajar lelaki.

Malah, sukatan dan subjek pengajian di universiti juga akan diteliti semula.

Pengumuman baharu berhubung polisi pendidikan itu dikeluarkan semalam sehari selepas Taliban menaikkan bendera di Istana Presiden, sekali gus menandakan permulaan pemerintahan tersebut.

Polisi baharu dilihat sangat berbeza daripada yang dilakukan sebelum Taliban mengambil alih pemerintahan.

Abdul Baqi berkata, pihaknya tidak merasakan sesuatu kesalahan dengan perubahan dalam polisi pendidikan baharu, sebaliknya menyifatkan semua pelajar Islam akan menerima perkara tersebut secara terbuka.

Ada berpendapat, pembaharuan dalam polisi berkenaan termasuk pengasingan pelajar wanita memasuki universiti disebabkan universiti tidak mempunyai kemudahan untuk menyediakan kelas berasingan.

Namun, beliau menegaskan pihak universiti memiliki tenaga guru pengajar wanita yang mencukupi.

“Semuanya bergantung kepada kapasiti universiti dan kami juga akan membolehkan guru lelaki mengajar pelajar wanita tetapi di belakang tirai atau menggunakan teknologi,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button