Dunia

Taliban tutup laluan sempadan dengan Pakistan

Tuntut rakyat Afghanistan di Islamabad kumpul di laluan pintu Torkham

ISLAMABAD, 6 Safar 1443H, Isnin – Taliban hari ini menutup pintu sempadan Torkham – laluan penyeberangan utama antara Pakistan dan Afghanistan – bagi pergerakan pejalan kaki.

Langkah itu dibuat setelah Taliban menuntut semua rakyat Afghanistan berkumpul di sempadan di bahagian masuk laluan Pakistan, menurut pegawai tempatan yang enggan nama didedahkan. 

“Kita mudahkan rakyat yang sakit dan membolehkan mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital Pakistan,” kata pegawai itu.

Difahamkan, beberapa wartawan dalam perjalanan ke Kabul juga terkandas di sempadan Torkham setelah Taliban menutup persimpangan pejalan kaki itu. 

Terdahulu, ratusan warga Afghanistan berkumpul di sempadan untuk memasuki Pakistan setelah timbul khabar angin bahawa Islamabad telah membuka sempadannya, yang ditutup sejak Julai ekoran lonjakan kes COVID-19.

Sejak 15 Ogos – ketika Taliban mengambil alih kawalan Kabul – lebih 30,000 rakyat Afghanistan kembali ke tanah air melalui sempadan Torkham dari Pakistan dan sekitar 4,000 lagi memasuki Pakistan. 

Bagaimanapun, Islamabad masih melarang warganya memasuki Kabul setelah pemerintah Afghanistan tumbang dan Presiden Ashraf Ghani melarikan diri.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button