Dunia

Perang Gaza: Netanyahu pertimbang tutup kementerian kecil demi kawal bajet

Konflik tingkatkan defisit jika berterusan hingga Februari

TEL AVIV, 27 Jamadilakhir 1445H, Selasa – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang mempertimbangkan untuk menutup beberapa kementerian kecil kerajaan dalam usaha mengawal perbelanjaan.

Radio Israel, Reshet Bet mendakwa Netanyahu sedang mempertimbangkan untuk mengekalkan menteri dalam Kabinetnya, meskipun tanpa portfolio kerana mahu mengelakkan potensi krisis dalaman.

Difahamkan, satu mesyuarat dijadualkan pada Khamis depan untuk membincangkan belanjawan am dan keputusan mengenai kemungkinan penutupan kementerian kecil yang sedang dipertimbang.

Media itu mendakwa bahawa bajet semasa mungkin membawa kepada pembubaran kerajaan darurat.

Minggu lalu, Kementerian Kewangan Israel menganggarkan bahawa perang akan menelan belanja sekurang-kurangnya 50 bilion shekel (AS$14 bilion) pada 2024, yang berpotensi meningkatkan defisit bajet kepada 6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar jika konflik berterusan hingga Februari.

Pada 4 Disember, kementerian menaikkan anggaran kos perang kepada 191 bilion shekel sepanjang tahun lalu, dengan peperangan yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 23,084 rakyat Palestin terbunuh sejak tiga bulan lalu dan 58,926 yang lain cedera, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button