Berita UtamaDunia

Keganasan di Syria makin teruk, tak selamat untuk pelarian

Perang terus berlanjutan, sukar dapatkan perlindungan

GENEVA, 7 Safar 1443H, Selasa – Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpandangan negara bergolak Syira yang terus berdepan konflik masih tidak selamat untuk pelarian pulang.

Suruhanjaya siasatan (COI) mengenai Syria berkata, keadaan keseluruhan semakin suram, dengan permusuhan di beberapa kawasan di negara itu, ekonomi yang runtuh, pengeringan sungai dan peningkatan serangan.

“Dalam tempoh sedekad pihak-pihak konflik terus melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan serta melanggar hak asasi manusia Syria.

“Perang terhadap orang awam Syria terus berlanjutan dan sukar bagi mereka untuk mencari keselamatan atau tempat perlindungan di negara yang dilanda perang ini,” kata Ketua Suruhanjaya, Paulo Pinheiro, yang mengeluarkan laporannya ke-24.

Insiden penahanan komunikasi sewenang-wenangnya oleh tentera berterusan, kata laporan itu.

“Suruhanjaya terus mendokumentasikan tidak hanya penyeksaan dan keganasan seksual dalam tahanan, tetapi juga kematian dalam tahanan dan kehilangan paksa,” kata kenyataan media

Perang – yang meletus dari pemberontakan terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad – mencetuskan krisis pelarian terbesar di dunia.

Jiran Syria menampung 5.6 juta pelarian, sementara negara-negara Eropah menjadi tuan rumah lebih dari satu juta.

Pelarian di beberapa negara kini berdepan tekanan untuk kembali. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button