Berita Utama

Pastikan usaha iktiraf UEC tergantung sampai bila-bila

Sijil dari Taiwan itu hanya rendahkan martabat bahasa Melayu

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Safar 1443H, Selasa – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan.

Namun, ada pihak beria-ia mahu sukatan pelajaran dari Taiwan itu dilaksanakan di Malaysia sejak zaman Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi.

Meskipun jelas ia bertentangan dengan sistem pendidikan kebangsaan, pelbagai pihak terutama sekali Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tetap berterusan tidak mengalah untuk memastikan sijil it u diiktiraf.

Walhal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pernah menolak mengiktiraf UEC kerana tidak selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Pendidikan 1996.

Pemerhati politik, Ustaz Ir Ts Mohd Khoushaini Mohd Naim menegaskan, UEC sama sekali tidak mematuhi kehendak KPM seperti silibus mata pelajaran asas bernegara terutama subjek Sejarah dan Bahasa Melayu yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Standard UEC bagi mata pelajaran ini terlalu rendah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Lebih malang, UEC dikendalikan dalam bahasa lain – bahasa Mandarin – dan tidak mengikuti silibus KKM.

Ir Khoushaini menegaskan, sepatutnya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama diyakini rakyat dalam memajukan negara bukannya direndahkan seperti mana dalam UEC.

“UEC hanya akan memberi kesan buruk terhadap perpaduan serta mencabar kedaulatan negara.

“Ini sudah pasti membuatkan keharmonian negara terjejas, jurang perbezaan di kalangan kaum akan semakin besar kerana perbezaan silibus dan bahasa. Juga satu kerugian kepada kaum Cina yang telah mengikuti sistem pendidikan sedia ada.

“Jika UEC diiktiraf ia umpama satu penderhakaan dan penghinaan kepada rakyat, kerana itulah UEC perlu tergantung dan tidak diiktiraf sehingga ke hari ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button